Saturday, January 27, 2018

Adik Baby Is Coming Soon

Benarlah jika Allah hendak memberi rezeki tidak kira lambat atau cepat dan pasti tidak salah alamat. Selepas 7 tahun menanti Cahaya Mata Pertama Kini setelah hampir 4 tahun aq menantikn pula kehadiran cahaya mata kedua dan merupakan kehamilan yang ke 3 buat diri ku.(Kehamailan Pertama tu boleh baca blog aq yang terdahulu ya)..Seperti biasa..pada awal kehamilan aq melalui detik yang sukar kerana masuk minggu ke 9 hingga minggu ke 11 aq mengalami pendarahan sama seperti kandungan pertama ku..aq ketika itu pasrah jika tiada rezeki ku kerana aq pun seblum mengetahui aq hamil aq dah bantai berjoging satu padang mini Pontian tu sebanyak 4 Round. Sungguh aq x sangka aq diberi rezeki lagi. Xterkata dgn kata2 hanya air mata pengganti rasa gembira. selepas saat tu setelah mendapati aq mengalami pendarahan aq pun ke klinik kesihatan untuk bertanya lanjut dan doktor hanya bgtahu itu ancaman keguguran..dan aq ketika itu selalu berkata yang aq pasrah saja ape pun yang berlaku.jika ada rezeki adalah.

Sepanjang Pendarahan itu aq mengambil Ubat Dhupaston sekurang-kurangnya aq berusaha walaupun aq redha apepun yang terjadi.Aq Sedih juga jika aq mengalami keguguran tapi semua tu atas rezeki Allah.Dan aq pujuk hati..x apa..Allah yang memberi rezeki Dia juga Berhak MEnariknya.

Setelah Doktor Mengetahui Sejarah Aq yang mengalami Servical Incompetence ketika kehamilan pertama, ,jadi sama seperti kehamilan kedua aq menjalani procedure Servical Serclages tetapi bezanya untuk kandungan ke 3 ini doktor yang bagi pilihan untuk memasang Cervical Pessar Seperti getah di pintu rahim ku.Jd X perlulah di bius seperti sebelumnya.serius bius tu mcm epidural tau dia cucuk kat pinggang belakang tu kaki kebas dr pinggang ke bawah.tp untuk kali ni doktor buat simple2 sb doktor kata jika diikatpun kalau nak terbuka tetap terbuka juga..u serah sama Tuhan Allah..kata DR SUresh tu.ok..Aq Ikutjela dia lebih pakar.janji berikat pintu rahim aq ni.xdelah terbuka awal sgt.

 masuk kandungan ke minggu 13 aq disahkan mengalami Hipertensi pulak.Allahu..byknya dugaan..lepas stop bleeding, dtg pulak hipertensi..doktor amat risau sbb diawal keandungan dah tinggi bp aq..jd dia onkan ubat hipertensi untuk aq . jadi bemulalah perjalanan aq mengambil ubat darah tinggi diusia ini. 3 biji sehari MEtaldopa dan Gryprin sampai nak tercekik mkn nya.yelah..sampai dah x lalu.sian aq kan.bukan mudah nak dpt anugerah terindah ni.tp aq tetap sabar dan terus sabar

skrg ni usia kandungan memasuki minggu ke 32..mohon doa kawan dan sahabat agar aq selamat melahirkan baby yang comel ini..mcm2 rasa ketika mengandung kali ni.sakit pingganglah sbb duduk lama di kerusi..dengan tiba tiba rasa nak pengsan..mual semua ade..tp itu kalau salah mkn lah.. dgn dua kali kuar masuk hospital nya..krna urine infection..nadi laju...demam..mcm2 la masalah tp aq x nak merungut sbb itu bahagian aq.xpe aq redha..Apepun Aq bersyukur punya suami yang sangat memahami.spjg kehamilan ini dia jelah yang uruskan rumah tangga tanpa merungut.Balik kerja dengan peluh x kering di baju bawak pulak anak sulong bermain di taman..lepas tu balik rumah terus masuk dapur memasak.semoga pengorbanan suamiku diberi Ganjaran oleh Allah S.W T hendaknya..

Untuk adik baby si dedek.
adik baby ummi bertahan demi adik baby walaupun ketika ini ummi hampir x larat dengan perjalanan yang jauh ke opis tp ummi gagah kan juga..demi sesuap spageti..semoga kita berjumpa bila tiba saatnya..sabar sikit ya adik sikit je lagi untuk adik lihat dunia yang indah ini.Ummi doa adik bertahan sehingga saat melahirkan.Nnti boleh jumpa Abah ,Abg Ammar nanti leh main dgn Abg ammar ya..Semoga Selamat Hendaknya.

Gambar dibawah adelah sebahagian yang aq alami n guna.