Sunday, January 31, 2010

Menginjak ke satu angka lagi..

Salam..Esok merupakan tarikh yang paling aku nanti2kan pada setiap tahun...alangkah seronok bila tiba nya hari lahir..tp yang x seronok nombornya makin bertambah..hahaha..xpelah..Age is just a number right?..ape ade kisah..yang penting kita kena ceria selalu...Walaupun hari ulang tahun kelahiran aku adalah esok..tp semua kekwan aku telah pun memberikan ucapan hari lahir kat aku..terharu sungguh aku lah..terima kasih kepada kawan2 yang tak lupa pada hari Lahir aku..betul2 aku terharu..hehehe..
Tak tahu lagi aku nak sambut kat mane..memandangkan aku kerja..nampaknya kena la delay dulu..xkisah la kan..tiap2 tahun kita menyambut hari lahir..tp adakah impian dihari lahir kita pada tahun2 terdahulu dah tercapai?..ade yang dah,....ade yang belum..ade satu permintaan aku yang masih belum tertunai..tapi aku tetap menanti dgn sabar..nampaknya lom ada lagi hadiah hari lahir teristimewa buat aku tahun ni..mungkin lom ade rezeki..semoga kawan2 doakan hajat aku yang terlalu menginginkan permata hati itu akan tercapai  dan dikabulkan oleh yang maha Esa..amin..

Friday, January 29, 2010

Alhamdulillah..loan umah da lulus

Syukur sgt2..akhirnya loan umah aku dah pun lulus..tp aku sedang pk bagaimana nak tolong ayah aku tampung sikit2 10% dari umah tu..kalau dpt bg 4-5 ribu pun ok gak kan..?apapun aku sgt gembira arini krn terlalu lama aku tunggu loan tu..akhirnya lulus gak...heheh

Thursday, January 28, 2010

Hina kah berbadan gempal?

Salam..apa yang aku nak coretkan disini sekadar luahan hati aku dan juga mewakili golongan yang berbadan gempal seperti aku..dahulu krn ingin sgt nak kurus..aku mencuba pelbagai2 ubat agar aku boleh mendapat bentuk badan yang aku idamkan..tp aku tidak memikirkan kesan yang aku hadapi pada masa akan dtg..mmg ubat yang aku ambil tu sgt2 berkesan..aku berjaya menurunkan berat aku berkilo2..dan pada ketika itu..aku boleh menyarungkan seluar levis perempuan saiz 30...bayangkan..(paling besar saiz 32)kira bangga jugaklah kan dpt pakai suar saiz kecik..(sekarang suar levis tu dah buat pameran muzium dlm almari..hahahaha)..
Masa itu aku hanya pk nak cantik x pk bahana yang aku akan tanggung sekarang..nak tahu?..berat aku naik 2kali ganda..aku sedey sgt2...dah xdpt lagilah nak pakai suar kecik2..baju kecik2..paling susah nak cari baju saiz mcm akuni..tp yang aku sedihkan...asal jumpa orgje..org kutuk..asal kutuk je mesti org yang jumpa aku..sampai satu tahap tu aku rasa nak berkurung je kat umah tak nak jumpa sesapa..sampai mcm tu sekali aku.(ni belum sentuh bab anak lagi..yang tu aku xnak sentuh dulu..sebab yang tu aku dah pernah tulis dlm blog aku dlm penulisan terdahulu).krn malu punya pasal..tapikan..hina sgtke kami yang chubby ni?..jelek sgtkah?..apa org2 seperti kami ni x layak kah untuk disayangi?..mujurlah suami aku masih setia n sayang pada aku walau dlm kedaan aku yang mcm ni..(dia kata asal jagn jadi bentuk 3 segi sudahlah..ha..ha..ha..pandai hubby aku bergurau...)
aku dulu taksub sgt nak kurus..lastly..kurusnya sekejap..gempalnya bertahun..nasib badanlah..aku ade try prudok J*****5 yang terlaris dipasaran..pun x jalan..dgn harganya yang mahal..aku xmampu..lastly separuh jalan..mmg berkesan..tp aku tak laratlah..budget lari..
Aleh..kalau nak dibandingkan minah2 saleh tu lagilah gemuk..lagilah montel..ape boleh je mereka masuk tv?..boleh menjalani hidup mereka dgn aman damai..tp di malaysiani..org yang badan mcm aku ni org pandang hina..pandang serong..asal gemuk je...hodoh..asal berisi je..x laku..jodoh ,ajal maut,pertemuan tu siapa yang tentukan?Allah kan?..jadi xpayahlah nak mengata org...cukup2lah berbuat dosa...tambah2lah pahala..untuk bekalan ke sana nanti..
bagilah org2 mcm kami ni hidup aman..kamipun manusia jugak..ada hati dan perassan..kamipun x mintak jadi mcm ni..dah nak gemuk..nak wat mcm ne..jadi TOLONGlah..jgn pndang hina pada golongan mcm kami ni..kamipun manusia mcm korang jugak..dan lagi satu aku nak pesan kepada kawan2 yang nak kurus tu...hati2lah dgn produk2 x tentu pasal..silap2 sok jadi mcm aku..naik 2x ganda..sapa susah?..mereka dan keluarga mereka...sekian..wasalam..jumpa lagi dilain coretan..daaaa

Hari Last berkabung

Pada 23 januari 2010 hari yang aku xleh lupakan krn pada hari itu lah almarhum sultan Iskandar telahpun mangkat..seluruh rakyat Johor berada dlm keadaan pilu kerana sultan kesayangan mereka telahpun tiada lagi..TAkziah kepada keluarga diraja..aku walaupun bukan org johor..tetapi aku mencari rezeki dimuka bumi johor ini hampir 6tahun..dan sepjgn aku disini..aku amat bertuah bersultankan sultan yang mesra rakyat..walaupun aku x pernah jumpa dgn almarhum sultan..tetapi aku tahu baginda seorg yang sgt2 tegas dlm kepimpinan dan sangat mengambil berat terhadap rakyat negerinya..pemergian baginda sgt2 diratapi..aku pun turut sedih..krn almarhum juga pernah menjadi Agong suatu masa dahulu..dan tidak kiralah sesapapun harus menghormati sultan2yang ada dimalaysia ini krn raja-raja kita ni berdaulat..dan kita ini dibawah pemerintahan raja2..jadi sedarlah diri..kita bukan bangsa asing ...selagi degelar RAKYAT MALAYSIA...kita wajib menghormati siapapun sultan kita..ingat tu..
maka bermula hari bersemayamnya almarhum.Johor mengisytiharkan perkabungan selama seminggu..aku pun tidak ketinggalan mejalankan hari perkabungan krn aku syg n hormati sultan tempat aku mencari rezeki....tp yang aku sedih..masih ade lagi yang buat2 xfhm..yang x mahu berkabung..mmgla walaupun bukan paksaan..tp sedarlah diri tu duduk dinegeri johor..xkira la asal negeri manapun..tp kalau dah dok dijohor..hormatilah arahan pihak istana..meluat aku tgk org2 yang xde perasaan ni..rasa nak aje aku perli mereka yang x mau berkabung tu..driver loriun pakai kain putih tanda perkabungan..nilah kalau jenis x sedar diri payah....so harini lastlah hari berkabung..semoga roh baginda sultan dicucuri rahmat dan ditmpat kan dikalangan hamba2 yang beriman dan soleh..amin..-AL-FATIHAH

homeloan oh homeloan ..apa cerita kau niey?

salam..ni akunak cerita pasal loan rumah aku yang dah nak 2bulan dah ni aku tunggu..umahnye idakle beratus ribu..cuma 35ribu je..tp payah nye nak approve mcm loan rege 100ribu..ade ke patut?..Rumah kos rendah yang aku beli sebenarnya bukanlah rumah aku..tp aku dgn niat yang ikhlas meminjamkan nama aku untuk ayah aku..maklumla..ayah aku dah nak pencen..kalau beli umah..jenuh nak byr 6-700 sebulan selama 5tahun..jadi akukan anak yang sulung..menawar diri untuk membeli rumah tersebut atas nama aku..yela..apasalahnya kita berbakti dgn ibubapakan..kalau ikutkan xkan terbalas budi kita dgn penat jerih mereka menjaga kita dan memberi pendidikan kepada kita..setakat tolong beli umah atas nama kita tu..apalah sgtkan....so..dah masuk 2 bulan aku masih menanti jawapan..
actuallly..loan yang pertama dah pun lulus..tp hanya dpt 28k..harga umah tu 35k..mana nak cekau lagi 8-9 ribu..?so akupun bagi cadangan pada ayah aku agar masuk satu lagi loan mana tahu kali ni boleh dpt seperti yang dah dijanjikan..aku harap2 ade berita gembira sempene hari lahir aku xlama lagi ni..huhuhu..
Bukan apa..mak aku yang beria-ia sgt nak rumah tu..lagipun umah milik penuh kerajaan negeri melaka..dan mak ayah aku pulak mmg anak jati negeri melaka..tentulah mereka nak balik kekg asal mereka jugakan..
harap2 adelah berita gembira nanti..kawan2 doakan juga ye..oklah..nak stop dulu...

Kerja,kerja,kerja...

Assalamualaikum.
Sebulan yang lalu seorg dr kakitangan tempat aku ditimpa sakit dan dimasuk kan ke hospital..setelah di kenalpasti..rupa2nya beliau mengalami penyakit kolestrol..yang menyebabkan saluran jantungnya tersumbat..kesian ..pada usia yang muda..beliau diserang penyakit yang kita sendiri barangkali tidak menyangka akan menyerang sesiapa sahaja..tp itulah rahsia Allah..DIA menguji hambanya yang terpilih dan yang disayangi-Nya sahaja..
Setelah doktor mengesahkan beliau terpaksa di rawat..kami yang tinggal 3 org di pjbt amatlah susah hati..pertama susah hati krn rakan seperjuangan kami masuk spital..kedua..memikirkan nasib kami bertiga yang terpaksa bekerja lebih masa tanpa seorg kekuatan..doktor memberi beliau cuti sakit selama sebulan..jadi kami bertiga pun bermulalah mengerah keringat bekerja siang dan malam sehingga anak bini pun terpaksalah ditinggal2kan..(dah tugas..kenalah berkorban walaupun raya korban dah lepas)
Bermulalah episod kami bekerja 16jam berselang seli..penatnya badan Allah jela yang tahu..mmgla rezekipun dpt lebih kerana buat kerja lebih masa..tetapi berbaloikah krn terpaksa tinggalkan suami,tinggalkan isteri..tinggalkan anak(bg yang ada anakla...mcm aku ade anak tekak je..)Tp aku redha..krn..hidup ni ibarat roda..nasib kita akan dtg kita x tahu mcm na pula..

Sehinggalah 21hb..barulah badan ni rasa dapt berehat krn staff yang diberi cuti sakit tupun dah beransur sembuh..(tp tidak sepenuhnya krn naampak dia masih lemah lagi..)..itulah kisahnya..setelah sebulan lebih juga kami berhempas pulas bekerja siang dan malam..sehingga kadang2 x cukup tido..krn asyik bekerja..tp itupun org perli2 kami byk duit..byk pun bukan setimpalpun kan..rate kecik..bukan dpt beribu pun..tp aku tetap bersyukur..cuma aku ckp tu nak bgtau org2 yang perli jgn ingat kami ni kerja goyang kaki je..mmgla berfacebook..tp kerja jalan...time  loridtg kami checking..ulang alik import..bukan boleh kelim pun..semua sendirian berhad..tp org tahu nampak yang luaran je..dalaman kami ni tersiksa..Allah je yang tahu....
ok..sekian dulu..lain kali sambung lagi..

Pencarian teman2 lama di Facebook

Salam..agak lama juga aku menyepikan diri dari berblog...tiada apa yang ingin kucoret sekadar bual-bual kosong mengisi masa terluang..dulu aku x tahu apa itu muka buku @ "facebook"..mendgrnya pun seakan2 sesuatu yang janggal..tapi apabila dah terkenan..boleh ketagih dibuatnya...begitulah yang terjadi kepada aku..bgn pagi..ingat facebook...hari2..buka facebook..sehingga menjadi satu kemestian untuk membukanya pada setiap hari..kalau tak buka seolah2 hidupku tidak lengkap..
Pada pertama kali aku mengenal mukabuku..aku tiadalah berkobar-kobar seperti sekarang..kalau bukapun sekadar suka-suka..aku main tambahje sesapa untuk menjadi rakan krn tujuan aku bermuka buku pun mmg untuk menambahkan kenalan..lalu aku dikenalkan dgn aplikasi didalamnya iaitu permainan yang agak menghiburkan aku..dr sekecil2 saiz sehingga menjadi besar tanaman aku tuh..gembiranya hati aku bila tanaman aku sudah membiak..hahaha..kemudia aku bertemu seorg rakan sekolah..bermula dari situ baru aku terpk..mengapa tidak aku jejak teman2 lama yang dah bertahun tidak ku dgr khabar berita itu..?drp buka saja2..baiklah ade hala tuju..tak gitu...?dan akupun dpt menjejaki teman2 sekolahku dr yang sekolah rendah...menengah sehinggalah teman sekolej..gembira bukan kepalang hati aku krn dpt juga aku ber"contact" semula dgn kawan2 lama..aku sgt2 happy..Allah jela yang tahu..
Kesimpulan yang dpt aku buat disini..mukabuku @ facebook telah menyambung kan kembali tali persahabatan yang dah lama terputus dan dpt menjejaki teman2 yang dah berbelas tahun tidak berjumpa..aku berterima kasih dgn muka buku..hanya itujelah dpt aku ucapkan..kalau nak lebih2 pun bukan muka buku ni fhm pun..hahaha

Monday, January 25, 2010