Thursday, February 25, 2010

Hari ke 9suami di HSA icu

assalamualaikum..
harini merupakan hari yang ke 8 suami ku terlantar di wad ICU..dlm hati doaku tak pernah putus..pada yang Maha Esa aku memohon agar diberikan kekuatan kepada aku dan suamiku agar dia mampu melawan penyakitnya itu...
ptg tadi aku dpt panggilan dr Hospital..bagai nak gugur jantung dibuatnya bila panggilan itu dr HSA..aku mula sangka yang bukan2..rasa lemah lutut..rupanya doctor panggil aku turunkan t.tgn untuk pembedahan kecil ditekak suami aku..
aku sebelumnya memaklumkan kepada abg ipar aku krn aku xmahu jika jadi apa2 aku yang dipersalahkan...setelah itu aku bergegas ke HSA..
nasib aku baik ketika itu krn suami separuh sedar...dptlah aku memberikan kata2 semangat kepadanya..tetapi itupun sekejap aje krn dia meronta2 nak mmbuang tiub yang berada di tekaknya itu...tak sanggup aku melihat dia begitu...
doktor kata dia meronta mcm tu krn dia x selesa ade tiub ditekaknya itu..akhirnya doktor terpaksa tidorkan dia krn tiub semua nak tertanggal..
doktor kata suami aku degil..krn cuba jugak usik tiub tu..
aku dpt lihat x sampai 15 minit suami aku bergerak2 dan membuka mata sikit2...
aku masih mengharapkan keajaiban Allah agar dia akan pulih seperti sedia kala..kesianila aku...hidup sendirian..dan sunyi tanpa suami disisi..nasiblah sepupu ku dari kampung sanggup dtg jauh2 temankan aku buat sementara waktu..xlah aku sunyi..mudah2an ade perkembangan positif pada hari esok..Amin ya Rabbal alamin..

Monday, February 22, 2010

Aku masih mengaharapkan KEAJAIBAN dr ALLAH ..

17hb februari 2010..suami mengadu sukar tido..badan seram sejuk..batuk2..aku dah bg dia ubat..tp demamnya x berkurang..malah bertambah melarat..tp suami aku degil..tak mahu g kelinik krn dia kata x larat..menjelang pukul 1.30 tgh hari keadaan suami aku bertambah teruk..muntah dia lendir campur darah..aku dah panik..aku paksa juga dia bgn untuk g kelinik,aku papah dia....aku pun g kelinik gelang patah..doktor pun marah krn mengapa dah tahap mcm tu baru nak bawa ke kelinik..aku mmg tak sangka jadi mcm ni..kalau la aku tahu apa jadi akan dtg..tentulah aku awal2 dah heret suami aku ke kelinik..
doktor masukkan air ke badan suami aku..pada ketika itu tekanan darah dia dah rendah..doktor refer aku ke hospital Sultanah Aminah..bersusah payah aku bawa suami aku..sebelum ini aku cukuplah fobia nak memandu di area jb..lalulintas sentiasa sesak..jalan jem..tp krn suami aku,aku gagahi juga memandu walaupun takut..sampai di hospital..suami dah x berdaya nak berjalan..kelamkabut aku dptkan kerusi roda..dlm masa 2jam baru aku dpt tahu bawa suami aku sebenarnya tenat..dan kritikal..peparu dia dah sempit...lendir telah menutupi sistem pernafasannya...darah rendah..oksigen semakin kurang..
YaAllah..terima kasih krn sempatkan aku hantar suami aku ke hospital..walaupun dia belum sedar tp aku masih mengharapkan keajaiabn dari Allah..
Doktor jumpa aku..dia kata suami aku jika still bernafas mcm tu...nyawa dia mungkin xkan pjg..aku da start menangis...aku g kat suami aku aku minta ampun..tp ketika itu suami aku masih sedar..dia tanya mengapa,mengapa?..doktor ckp apa..dlm keadaan dia dah sakit sngt2..aku x mampu menyimpan airmata..air mata aku berderai laju..aku dpt jumpa dia sekejap..pukul 7pm lebih suami aku telah dibius..doktor bg dia rehat..krn peparu dia x boleh nak pum lagi....
mlm tu doktor panggil aku..dah sahkan suami aku kena jangkitan peparu yang teruk..sebelah peparu dia hampir rosak..kuman semakin merebak..aku hanya mampu menangis..tp aku yakin Allah sentiasa bersama aku..
kin sudah 6 hari suami masih di wad ICU...doktor kata ada sedikit perubahan..aku bersyukur sgt2..walaupun sedikit tetapi buat aku lega..aku masih mengaharapkan ada perubahan lagi..aku dah tak sanggup harungi sendirian..aku berharap suami aku sedar dlm keadaan oksigen yang bagus,peparu yang bagus..agar dia boleh meneruskan kehidupan buat kali kedua...YaAllah..berilah suami aku peluang untuk bersama2 aku sekali lagi..dia masih muda..dan kami belum puas menikmati kebahgiaan yang Engkau berikan..kami belum ada anak lagi..berilah suami aku peluang agar kami dpt bina hidup baru dan dapat meningkatkan ketaqwaan kepada MU aya Allah Ya Tuhan ku..
sesungguhnya Engkau maha mendengar..
kasihanilah aku..hari2 yang aku lalui terasa begitu perit tanpa suami aku..selama ini..susah senang kami tanggung bersama..bagaimana aku akan meneruskan kehidupan tanpa dia YaAllah..aku redha dgn ujian ini..aku tahu Engkau memberikan ujian setimpal dgn kemampuan seseorg..dan aku redha jika inilah ujian buatku..dan aku tahu ade hikmah disebaliknya..
YAllah..kasihanilah aku..perkenakanlah doa hamba mu yang hina ini...selamatkanlah suami ku..agar dpt kami menjalani kehidupan seperti biasa..amin..ya Rabbal Alamin..