Wednesday, November 18, 2009

Bisnes,bisnes...tp nak bisness aper?..

sedang memikirkan sesuatu yang boleh menjadi pendapatan sampingan dengan cara yang halal...

Monday, October 5, 2009

Majlis mkn2 ala2 open house..04 October 09














Assalamualaikum..khas buat sahabat2 yang dikasihi..
arini ni aku nak cerita serba sedikit berkaitan jamuan makn2 dirumah aku semlm..sekadar nak berkongsi..hehee..actually aku buat makan2 tu memandang kan rakan2 opis aku dah lama menanti nak dtg kerumah aku..tetapi disebabkan aku ni kerja syif..agaklah payah untuk mereka dtg kerana kerja aku x menentu..so nak dipendekkan cerita aku pun amiklah cuti..jadi dpt la aku arrange makn2 ni untuk rakan2 sepejabat aku..
menu aku pada hari makan2 tu sekadar nasi ayam, rendang daging,kuah kacang dan nasi himpit..desert hanyala agar2 laici(yang x berapa nak jadi tu)..itu ajalah yang mmpu aku sediakan memandang kan aku ni tidak la pandai memasak..dan kalau nak upah org masak tentu mahal..(tgh2 hujung bulan ni..baik masak sendiri jer..huk3)
aku berhempas pulas menyiapkan juadah untuk open house tu dr mlm sebelumnya lagi...mmg kalau hari raya pun kita akan masak ptg hari bantai kan..so samalah mcm kes aku ni..kuah kacang,nasi impit n rendang aku masak mlm2...kira2 pukul 2pg baru siap semuanya..dan aku pun tido..
pada hari openhause tu pepagi lagi aku dah bangun untuk masak nasi ayam..krn janji dgn bebudak opis suruh dtg jam 12..last ly mereka dtg lepas zohor...
semua nye aku dah kira ade 23 org termasuk bebudak kecik..meriah sungguh..aku happy sangat dah menjamu kawan2 aku..rasanya jika pjg umur tahun depan nak buatblagi..heher..lepas mereka selesai..aku dan rombongan kawan2(5bji kereta semuanya) pun berangkat ke open house umah kawan kami kat kuates perikanan gelang patah. di sana pun makan sedap juga..nasi beryani..pergh mmg sedapla dan mee goreng...hehe
lepas ke open house kami g plak beraya umah senior..bak kata sempat lagi aku g merayap umah org..padahal ptg tu kawan2 suami plak nak dtg..
seperti yang dijanjikan kawan2 suami pun dtg..tp mrk dtg kul 8..adela 7 org termasuk anak isteri..kul 9.30 baru mereka balik..krn terlalu syok sgt borak..actually kawan2 suami pun kawan aku gak..
lepas semua dah balik baru la terasa penat nye badan..aku xsempat nak kemas..lepas solat isyak saja2la baring2 terus tertido....huhu..begitulah cerita..mcm ne pun aku happy krn mrk sudi dtg...kepada rakan2 pjbt yang telah dtg ke jamuan makan umah aku.aku ucapkan berbanyak terima kasih..kalau ade terlebih terkurang minta maaf la berbyak2..ok..
jumpa lagi di lain lembaran,..
w'salam

Friday, October 2, 2009

Terkenang semasa dulu..





Assalamualaikum..
semuga rakan-rakan diluar sana berada dlm kondisi sehat dan sejahtera..
Sedang saya membelek2 gambar kahwin didalam pen drive saya, teringat saya pada detik2 hari bahagia kami.15.12.2007 xmungkin saya lupakan...diam tak diam bulan 12 ni genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami..Berbagai2 peristiwa yang kami lalui sepanjang melayari bahtera ini..ade yang manis..masam..suka..duka..itu telah menjadi asam garam dalam rumah tangga kami..namun apa yang dapat saya katakan di sini saya cukup bahagia berada disamping suami yang begitu memahami karier saya sepjgn 2 tahun perkahwinan kami ini.Alhamdulillah..

Namun lumrah dlm perkahwinan tiada serinya jika tiada cahaya mata yang menjadi buah cinta sesebuah pasangan. Sememangnya kami menantikan saat bahagia itu tiba krn hidup tidak akan lengkap tanpa kehadiran si kecil yang sememangnya dpt memeriahkan suasana didalam sesebuah rumahtangga..Tetapi tiap yang berlaku itu tentu ada hikmah disebaliknya..kami saban hari menanti penuh sabar bilakah akan hadirnya permata hati kami..walaupun sebenarnya didalam hati menangis melihat pasangan lain yang telah dikurniakan si kecil peneman dikala sunyi,namun kami redha dan tabah menghadapi ujian yang sebenarnya begitu kecil jika dibandingkan dengan org lain yang menerima dugaan yang lebih maha dahsyat..oleh itu bersyukurlah krn kita masih dikasihi Oleh -NYA
Bagai manapun saya akan menanti dan terus menanti mudah2an adalah rezeki kami di masa akan dtg..krn setiap yang berlaku kita seharusnya berfikiran positif..ketepikan kata2 sumbang org lain..yang penting tawakal dan byk2 berdoa..dan saya akan terus berdoa..tanpa putus asa..

Kita begitu mengharap akan kehadiran sikecil didlm kehidupan rumah tangga kita..tetapi ada segelintir yang kurang nilai agama sehingga sanggup membuang anak tanpa sekelumit rasa berdosa atas perbuatan mereka itu..Mereka sikit tidak menghargai anugerah yang Maha Esa sehingga sanggup membunuh benih keturunan sendiri.Anak itu tidak berdosa..yang berdosa adalah ibu bapa mereka..yang tidak memikirkan buruk baik sebelum melalukan sesuatu tindakan.(kebanyakannya remaja2 yang sedang meningkat naik)

Sering kita dgr remaja masa kini yang melahirkan anak luar nikah..saban hari x putus2 berita menyiarkan tentang kes buang anak.Sungguh tergamak mereka membuang anak yang suci itu tanpa memikirkan kesan buruk kepada masyarakat sekeliling.mengapa remaja n wanita sekarang semakin hilang kewarasan berfikir?.kemana pergi pemikiran mereka?
Hati saya sayu tatkala melihat gambar2 di media yang menyiarkan kes buang bayi,bayi dibungkus dlm plastik sampah dan mcm2 lagi..ingatlah kawan..bayi itu tidak berdosa..dan di akhirat nanti mereka akan menuntut apa yang telah kita lakukan didunia ini..
Janganlah kita menjadi manusia yang jahil krn agama kita tidak mengajar kita melakukan perbuatan hina seperti itu..MasyaAllah..
oklah..jauh pulak saya menyimpang..anggap artikel td sebagai sedikit selingan untuk
iktibar kepada kita semua...moga jumpa lagi dilain post..heheheh


Renung-renungkanlah apa yang berlaku kebelakangan ini.






Assalamualaikum kepada rakan2 yang dikasihi..

Agak lama aku tinggal kan blogger ni krn masa terlalu padat, terlalu sibuk dan aku hampir2 melupai bahawa aku mempuanyai blog..hehe..aku bukan lah pandai menulis tetapi sewaktu di alam persekolahan penulisan merupakan subjek kegemaran aku..walaupun aku tidak lah sebagus mana tetapi minat yang mendalam terhadap penulisan sehingga membuatkan aku mengarang cerita2 pendek (yang sesuai untuk bacaan remaja seperti aku ketika itu)..namun semua bahan2 penulisan aku telah hilang dan ntah kemana..

ok..kita tutup dahulu buku lama..apa yang ingin aku bualkan sekadar renungan kita bersama..sejak kebelakangan ini..dunia dikejutkan dengan pelbagai bencana alam yang sedikit sebanyak meruntun hati2 yang mendengar dan melihat kehebatan yang maha Esa..sememangnya kuasa Allah tiada siapa yang dpt menyaingi dan menandingi kerana DIA pencipta dan DIA juga berhak memusnahkan apa yang di cipkankanNYA..subhanallah..
Marilah kita renungkan disebalik kejadian2 bencana alam..mengapakah ia berlaku?..kerana sikap lalai manusia yang semakin melupakan DIA..yang leka dengan dunia yang tidak menjanjikan apa2..hanya akhirat dunia kita yang kekal abadi..
kawan2..2 hari yang lalu kita dikejutkan dgn gempa bumi tsunami di samoa amerika syarikat dan gempa di sumatera indonesia...hujan batu di jerantut pahang..ribut di terengganu..danyang terbaru sejadah berdiri sendiri di bukit mertajam..kesemua ini merupakan tanda2 kebesaran yang Esa yang semakin dilupakan manusia2 sekarang..fikirkanlah wahai sahabat2..apakah kiamat sudah dekat?..sudahkah cukup bekalan kita..saya sendiri hanya mampu memberikan jawapan bahwa saya juga belum mempunyai bekalan yang cukup..dan saya amat takut akan apa yang berlaku pada hari ini..cukuplah saya katakan apabila kuartes yang saya duduki bergoyang..saya merasakan seolah2 nyawa saya berada dihujung tanduk..dan jika terjadi apa2 pada waktu itu saya masih belum cukup untuk membawa bekalan ke sana nanti..
kawan2..kita semua tahu..mati itu akan menjemput sesiapa sahaja..dan mati itu abadi..dan tiada ubatnya..tetapi biarlah kita mati didalm keimanan dan dlm keadaan yang selamat. bagaimanapun kita tidak tahu dgn cara mana kita akan pergi..oleh itu berbanyak lah kita berdoa kerana dunia kita semakin tua dan uzur..dan semakin sakit..
Saya bukan lah golongan bijak pandai..hanya insan biasa yang meluahkan apa yang saya rasa perlu dan sama2 kita saling mengingat antara satu sama yang lain..mudah2 segala kejadian yang berlaku dapat dijadikan iktibar dan semoga bertambahlah ketaqwaan kita kepada Allah yang Maha Esa.InsyaAllah

sekian.

Monday, July 13, 2009

Salam perkenalan

hai..aper khabar semuanya.saya baru je nak bergiat dalam blogger ni..tak tahu lagi aper nak di catit disini..walaubagaimanapun saya akan mengemaskini blog saya ni dari masa ke masa..tunggu yer..i just want ti say hi to every body and i'll update my blog from time to time.InsyaAllah