Friday, October 2, 2009

Renung-renungkanlah apa yang berlaku kebelakangan ini.






Assalamualaikum kepada rakan2 yang dikasihi..

Agak lama aku tinggal kan blogger ni krn masa terlalu padat, terlalu sibuk dan aku hampir2 melupai bahawa aku mempuanyai blog..hehe..aku bukan lah pandai menulis tetapi sewaktu di alam persekolahan penulisan merupakan subjek kegemaran aku..walaupun aku tidak lah sebagus mana tetapi minat yang mendalam terhadap penulisan sehingga membuatkan aku mengarang cerita2 pendek (yang sesuai untuk bacaan remaja seperti aku ketika itu)..namun semua bahan2 penulisan aku telah hilang dan ntah kemana..

ok..kita tutup dahulu buku lama..apa yang ingin aku bualkan sekadar renungan kita bersama..sejak kebelakangan ini..dunia dikejutkan dengan pelbagai bencana alam yang sedikit sebanyak meruntun hati2 yang mendengar dan melihat kehebatan yang maha Esa..sememangnya kuasa Allah tiada siapa yang dpt menyaingi dan menandingi kerana DIA pencipta dan DIA juga berhak memusnahkan apa yang di cipkankanNYA..subhanallah..
Marilah kita renungkan disebalik kejadian2 bencana alam..mengapakah ia berlaku?..kerana sikap lalai manusia yang semakin melupakan DIA..yang leka dengan dunia yang tidak menjanjikan apa2..hanya akhirat dunia kita yang kekal abadi..
kawan2..2 hari yang lalu kita dikejutkan dgn gempa bumi tsunami di samoa amerika syarikat dan gempa di sumatera indonesia...hujan batu di jerantut pahang..ribut di terengganu..danyang terbaru sejadah berdiri sendiri di bukit mertajam..kesemua ini merupakan tanda2 kebesaran yang Esa yang semakin dilupakan manusia2 sekarang..fikirkanlah wahai sahabat2..apakah kiamat sudah dekat?..sudahkah cukup bekalan kita..saya sendiri hanya mampu memberikan jawapan bahwa saya juga belum mempunyai bekalan yang cukup..dan saya amat takut akan apa yang berlaku pada hari ini..cukuplah saya katakan apabila kuartes yang saya duduki bergoyang..saya merasakan seolah2 nyawa saya berada dihujung tanduk..dan jika terjadi apa2 pada waktu itu saya masih belum cukup untuk membawa bekalan ke sana nanti..
kawan2..kita semua tahu..mati itu akan menjemput sesiapa sahaja..dan mati itu abadi..dan tiada ubatnya..tetapi biarlah kita mati didalm keimanan dan dlm keadaan yang selamat. bagaimanapun kita tidak tahu dgn cara mana kita akan pergi..oleh itu berbanyak lah kita berdoa kerana dunia kita semakin tua dan uzur..dan semakin sakit..
Saya bukan lah golongan bijak pandai..hanya insan biasa yang meluahkan apa yang saya rasa perlu dan sama2 kita saling mengingat antara satu sama yang lain..mudah2 segala kejadian yang berlaku dapat dijadikan iktibar dan semoga bertambahlah ketaqwaan kita kepada Allah yang Maha Esa.InsyaAllah

sekian.

0 comments:

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment