Friday, November 28, 2014

Air Pasang bg salam perkenalan.

Aq sbnrnya baru 4bulan berpindah ke PNKJohor Selatan ni..tp awal-awal masuk kerja member opis dah bgtau hujungvtahun opis akn dinaiki air bukan krn banjir sbb hujan tp banjir krn air pasang. So nampaknya air pasang dah bg hint2 dah minggu ni je air naik dr ahad sampai rabu.mmg kelam kabut alihkan kete yele air masin bahaya.kete ade sebijik tu jela..soo..get ready untuk air pasang besar dijangka berlaku pd Disember ini.YaAllah mmg xde kerja la nanti bersihkan opis jela gamaknya kena stanby seluat n tshirt nampaknya.

corat coret berkaitan artis kesayanganku zara zya

19 november 2013 merupakan penubuhan lovezarazya fc yg diterajui presidennya bernama lynndasharudin dan crew2nya dari beberapa kerat crewnya kini bertambah kpd 14org (sori kaka kalau sy silap).
Tujuan kami cuma satu menyokong si pemilik nama zainurul razia atau nama komersialnya zara zya yg dikenali selepas fenomena love you mr Arrogant ditv3.
Pada awal drama LYMA tu aq mcm pk..ek ele...sapa heroin dia ni mcm xkenal je.tp sbb dlm citer tu dia bertudung tu yg aq pun terus rasa minat nak tgk apisod seterusnya. Zara zya ni ade aura dia yg tersendiri. Beliau ni sempoi je org nye dan beliau mmg sengal.aaaahahahah..(ampun zara iols dok ngutuk deme kat blog.eeheh he.. )
Start dr situ la aq terus minat zara zya.org nye kecil molek je.
Actually zara dah berkecimpung dlm dunia lakonan ni dah hampir 10 thn tp drama LYMA ni la yg membuat beliau dikenali.sampai iolss pun dok tergila gak minat.aahaha..bukan iols je ya..yg otai2 pun tidak kurang hebatnya juga minat zara zya ni.heheh...
 Dah lama aa nak jumpa zara.ade je halangan.tahun lepas sbb preggy xleh long distence..pastu ade event sukaneka pun x dpt join  sampaila event besday bash zara yg ke 29 baru dpt join n jumpa geng2 LZZFC yg gila2 n sempoi.selalu borak dlm Wassap group je. Bila jumpa live mak ai...lagi meriuh aka meriah.aahahaha...
So pd 1november tu hari yg x mungkin dilupakan pertama kali melihat si cantik jelita zara zya secara live rasa nak pengsan.menggigil dibuatnya.haha actually besday zara zya pd 22okt tp postpone sbb nak buat suprisekan..
Alhamdulillah perjalanan ke kl dipermudahkan walaupun terpaksa tinggalkan ci kecik ammar raziq sekejap. Mak n ayah pun sporting siap jemput aq kat terminal bas.pastu g event beranto berjemput n last hantor terminal balik utk balik jb. Baiknya mak n ayah aq kan. Tq la pd mereka sbb mereka tlg permudahkan urusan anak nya ni nak




jumpa retis kesayangan..hhhheheh..
Ok skrg tgh ditayangkan drama #zahira dislot Samarinda setiap Rabu & Khamis pukul 10mlm ditv3.. sapa2 ade kelapangan sila la tonton ye ade adi putra juga.
Akhir kata doaku semoga Zara zya terus suksess baik dibidang lakonan atau pun bidang perniagaan.. i will always Support u  zara zya. #sayasayangzarazya

Thursday, May 1, 2014

throwback minggu ke 35 kehamilan ku

Assalamualaikum...
Alhamdulillah pd 29hb april aritu genap sebulan usia bayiku..tp ade kisah disebalik kelahiran ini..mari aku kongsikan.

Pada mlm 26hb antara pukul 1pg,perutku memulas2 mcm kontraksi n sakit sangat.tido ku xberapa lena sbb pusing kanan sakit..pusing kiri sakit..jadi aku kejutkan suami aku bgtau perut ku sakit..dia pun kelam kabut bangun n tanya nak g hospitalke.aku kata baik pergila krn aku ni yg kena jahit pangkal rahim jd kelahiran tu bila2 boleh berlaku. Jadi suamipun memandu dan membawa aku ke HSA Johor bahagian saringan.memula g emergency tp sebb kandungan dah 30 keatas kena g bahagian saringan. Dengan berseluar aku ke situ kena pulak bebel dgn nurse.katanya napa pakai seluar. Kan nak delivery. Aku pun jawab saya baru 35weeks. So nurse tu xde la bebel sgt.hahaha..
 Ok jam menunjukkan pukul 2 pg.dlm bilik tu sejuk ok.aku mmg kalah dgn aircond.gigil dibuatnya.lepas amik urine aku pun disuruh baring.mmg ade kontraksi ketika tu.seolah2 babyku dah x sabar2 nak keluar.tp mlm tu aku demam sedikit..aku pun tak tau bila aku demam. Mcm biasala hospital gomen ni amik masa lama sikit.kul 4.30 pagi baru aku dibawa ke bilik bersalin krn doktor nak buka jahitan kat pangkal rahem aku.dia takut terkoyak ..mcm mana pun ketika dia check jahitan mmg masih kemas xde tanda2 terbuka. Tp lepas je jahitan tu di buka..doktor terkejut krn bukaan dah 5cm. Jd terbaringla aku dlm bilik bersalin tu konon nak tunggu bersalinla.owh ya masa kat saringan tu doktor dah bg  suntikan dexa sekali.yg tu x sakit sgt.untuk matang kan peparu baby. So tunggu punya tunggu dlm keadaan terbaring tu dr kul 4.30 pg sampai kul 3.30ptg xjuga terbuka jln.masih 5 cm.so suntikan dexa kali kedua pun diberi.pergh..sakit gila tp aku buat2 tak sakit sampai nurse tu ckp awak x rasa sakit ke.org ckp suntikan kedua ni sakit.aku kata x sakit sgt mcm biasa je. Mmg x sakit sgt pun.hahahah....ok jam menunjukkan pukul 4ptg suda. Tak juga bersalin dan rasa sakit jd dr bilik bersalin aku dihantar ke wad biasa yg bahagian org lom bersalin.dok la kat situ.
 Menjelang malam badan aku rasa x sdp.mcm suam2 dedor2 je rasa bdn..tp masuk kul 3pg 27hbtu aku dah rasa seram sejuk..g tandas rasa kepala berat.aku kata napa pulak ni demam ke.bgtau doktor yg bertugas dia buat bodo je. Sampai sejam tunggu doktor tu dtg cek sbb dia kata kejap..kejap..jd nak tunggu dia cek aku pun jaram lah kepala bg suhu turun tp x berkesan..pelik juga.selalu kejap je dah ok.. aku pun bgtau pulak kat nurse mlm .dia kata ok jap sy dtg..lepas cek suhu ternyata aku demam kuat.38 'c ok..xpernah setinggi tu..nurse pun bg tau doktor bertugas..tu pun dekat pukul 7pg baru doktor dtg cek dia suspek aku demam denggi.kena amik darah .besar lak jarum tu.aku pun syak aku mcm denggi sbb area umah aku tu byk kes..
Ok lepas 2 jam dalam pukul 9pagi dpt keputusan..sah aku kena denggi.masa tu aku fikir baby je.rasa nak nangis masa tu..n fikir yaAllah kenapa la bg dugaan denggi.. kul 11 aku dipindah kan ke ICU .pergh kat ICu mmg best.katil 6 org..sejuk lg..layanan best.hahaha..lupa sekejap yg aku tgh kritikal denggi.
 Doktor pesan minum air byk2..member pesan minum 100plus dan mkn sup ketam..pastu isteri abg sepupu aku call n bgtau minum air byk2 bg kencing nanti denggi kurang.mmg tips tu berkesan..platelet aku x jatuh byk..pdhal aku x tahu pun denggi ni leh penyebab darah cair dan merbahaya..selama dlm icu mmg seksa.minum kencing..catit kat kertas byk mana minum byk mana kencing..tp berkat aku usaha mkn sup ketam minum air byk alhamdulillah platlet x jatuh byk..antara 90 ke 100.. pastu naik ke 100 lebih.aku amik jus qaseh jugak ketika tu.

Doktor asyik bgtau je risiko pd baby.aku dah mula sedih.aku doaje pd Allah..agat selamatkan bayi aku.jika diberi pilihan antara nyawa aku atau nyawa baby aku memilih untuk selamatkan bayi aku sbb aku nak bayi aku kenal dunia Allah yg indah ni.bg peluang dia menikmati kehidupan.
 Ok itujela kerjaaan aku setiap hari.mkn..minum air byk2..amik darah 3kali sehari sampai dah xtau mana nak cucuk.ade sekali tu cucuk kat nadi sbb nadi aku laju.pergh..yaAllah..sakit gila cucuk kat nadi.rasa nak sepak2 je doktor sbb sakit.ahhahaha...
Masuk hari ke 3 dan pada 29hb jam 12 pg aku dah mula sakit setiap 5mjnit.aku rasa nak membuang.g tandas lama x juga nak u uk..sampai nurse tgk aku ulang alik dia kata buang air kecilke.aku ckp sakit perut nak membuang..pastu aku cuba tido..xdpt nak tido sebb setiap 5 minit rasa nak meneran.aku kata kenapa ni.nak beranaknke.aku biarkan kedaan tu sampai kul 1.30pg pastu dah xleh tahan mula rasa sakit.aku bgtau nurse.nurse kat icu mmg dia jaga..bertindak pun cepat..dia cek mesin mmg ade kontraksi..dia pun panggil doktor kat bilik bersalin suh dtg tgk.ape yg dtg Dr sink nama aminah .muslim kot.punyalah ganas.aku mmg x suka dia.sebb xde kelembutan.cek bawah tu main terjah je.dia cek bukaan 5cm lg tp sbb aku dah konttaksi..kenala g bilik bersalin.sekali lg aku terbaring. Setiap 2 jam dok akan cek jalan.baru buka 6 cm. Begitulah keadaan aku sampailah pukul 2.36ptg dah buka 9cm sakit dah mmg sakit sampai sedut gas kot bg hilang sakit.mujur encik suami ade disisi.tp time tu jela.masa nak bersalin tu doktor suruh suami keluar kejap dia nak buang urine aku..cek jalan lg.jd suami keluat terus x dtg2 jd masa bersalin tu aku meneran tanpa suami disisi..nurse tanya gak mana suami.aku pun xtau..

Masa meneran tu lg seksa..10 kali teran.nafas xpanjang pdhal kepala baby kat bawah dah.mcm xde pelincir pulak dia xmo kuar.jd teran mcm nak putus nyawa.serius aku x tipu..tp lepas baby tu kuat..allah...rasa satu perasaan lega.syukur..sedih semua ade.pulak nurse letak baby atas dada.alahai keciknya dia bunyi nangis dia halus je.. berat baby ku 2kg sajaha.tp alhamdulillah dia selamat tp kena tahan nicu 6hari sebb aku denggikan.jd doktor nak pantau darah dia juga.nak nakngis aku bila tgk anak aku tgn kiri kanan lebam kena cucuk.yalah kalau denggi amik darah 3kali sehari tau.rasa xsanggup g tgk dia dah la kecik.kena cucuk pula.tp untuk kebaikan dia jugakan..genap hari ke6 dia dibenarkan keluar.aku bersyukur sgt sbb kalau x dlm keadaan pantang n berjahit kat bawah kena jln jauh nk g tgk anak aku.dgn kain batik nya..berstoking lg...tp syukur Allah permudaahkan...
Hampir 7 tahun menanti cahaya mata ku ini.sampai rasa down sgt org ckp mcm2 tp kuasa Allah mengatasi segalanya..akhirnya lahirlah baby ku yg comel kami namakan Muhammad Ammar Raziq.. semoga menjadi anak yg soleh dan diberikan kesihatan yg baik pdnya krn baby ku ini lahirnya pramatang..
 Kpd kwn2 doakan yg terbaik untuk aku dan keluarga.itulah rentetan dr kisahkelahiran pramatang aku.apepun syukur semuanya selamat.

Tuesday, March 18, 2014

weeks 34

Assalamualaikum..lama benar x jenguk2 blog ni.rasa mcm dah berkurun sgt.hihi..

actually.Saja nak share cerita pregnancy aq ni yg kedua selepas kehilangan baby pertama akibat servical imcompetence.baby ku lahir dipanggil FResh Still Birth..tp ramai kata guur.sian anak aq sbb org kata dia gugur.xpela..biarla yg penting aq n suami tahu ape yg berlaku.

ok2..cerita yang terbaru nilah pulak ya. .minggu ni dah masuk minggu kehamilan ku yg ke 34..alhamdulillah..harap semua nya akan berjalan lancar.

 Pakar cakap dalam minggu ke 36 nanti jahitan servical servick ku akan di buka..tp yg aq x leh nak bayang kan buka xperlu bius buat kat bilik bersalin je.ish...mcm ne tu.xleh ku byg kan.tp krn baby punya pasal ku gagahi jugalah..

Alhamdulillah dalam tempoh sepanjang kehamilan aq bleeding sekali je itupun pd minggu ke 5..masa tu dah la bleeding.cek urine double line..g spital nampak kantung je...tp doc ckp awal lg mmg nampak kantung je.aq pun x putus2 berdoa agar baby ku ada lg tp dlm masa yg sama mcm redho jela jika tinggal  kantung kan..tp selepas 14 hari g cek balik alhamdulilllah..da ade jantung baby..rasa nak nangis masa tu.yela 6tahun tunggu pregnant tp baby pulak keluar awal.so ni tahun ke7 penantian dan kehamilan ke 2, harap sampai ke garisan penamat...(sikit je lg dik..bertahan k sampai minggu 36 pun dah kira bagus kata doc).
masa awal2 kehamilan aq darah tinggi aq agak tinggi juga.kalau g klinik tu mesti kena rehat setengah jam atau amik bacaan 2 kali.bacaan x lari 140/80  asal cek je 140/80 kdg 140/90. So sepupu aq dapat tahu tekanan darah aq asyik tinggi je jd dia rekemen kat aq makanan sunnah iaitu JUs Qaseh Adinda..dalam tu ade mcm2..buah tin,kurma,madu..zafran,air zam2,habbatussauda..selama 3 bulan aq mengamalkan pengambilan jus tu alhamdulilllah dgn izin Allah tekanan darah aq jd normal. xpernah dpt bacaan 120/80,130/80, 110/80 ..tp jgn x caya itulah yg berlaku.syukur sg2.xpyh nak amik sampai 2-3 kali bacaan..alhamdulillah...hehehe..sooo...

 pd kawan2 yg baca artikel ni ku mohon doa dari kawan2 agar doakan kali ni semua nya selamatla..even baby masih songsang kalau terpaksa operate ape nak buat janji baby selamat..tp harap2 baby pusing la seblum  dia lahir...
 ok..itujela nak cerita.
tq for reading