Wednesday, February 9, 2011

Jalan-jalan melaka dan BBQ family..

Pada 02.02.2011 merupakan hari lahirku..jadi aku bercadang sambut ala2 kadar je dgn famili dan sepupu sepapat..Hanya buat BBQ aje..so..sampai je aku di melaka hari pun malam..kami sekeluarga berkumpul utuk mkn malam bersama-sama..sebenarnya jarak aku yang jauh menyukarkan aku dan suami untuk mkn bersama2 dengan keluarga ku..sesekali mendapat peluang tentulah xdpt dilepaskan..kami sampai diPulau Sebang melaka pada jam 09.00mlm...balik rumah ayah sebab nak jemput mak ayah aku dulu untuk bawa mereka makan mlm..adik aku pun dah sampai seperti yang kami planning...seronok betul..sampai harini masih terasa..
Keesokkan harinya...kami adik beradik pun keluarlah berjalan2 di sekitar bandar melaka..sesungguh nya walaupun kami adik beradik membesar di Negeri bersejarah ini..namun masih byk tempat yang kami masih belum lawati dan kunjungi..selalunya kalau berjalan ke melaka tempat yang kami pergi seperti bandar hilir...kota A famosa..Dataran Pahlawan..Mahkota Parade..balik2 kat situ..huhu..sedang kan disekitarnya itu..terlalu byk tempat2 yang menarik sebenarnya..kali ini kami sepakat untuk memasuki Muzium Samudera..sudah lama juga teringin nak tahu apa yang terkandung di dalam Musium itu...tp haritu baru kami dapat lihat...ia merupakan sejarah lama...dimana ade tinggalan2 sejarah zaman dulu..kalau nak tau..kena la pergi..hihi..
Selepas dah puas lawat satu kapal..kami pergi pula Muzium samudera FAsa 2 dan selepas itu Muzium TLDM...rupa nya dengan hanya berbekal tiket rm3..boleh pergi 3 tempat dalam satu masa..seronok betul..

Hajat hati nak juga naik menara taming Sari..tp x kesampaian kerana org terlalu ramai que...so kami dpt tgk ajela..ade lagi satu yang menarik..iaitu Malacca Duck Tour..ia merupakan boat 2 alam..aku katakan begiru kerana dijalan raya dia menjadi kereta..tetapi bila masuk ke air dia menjadi boat..hahaha..tp satu kepala rm38..so..kempunan lagi nak g naik..maklum la kami ni ramai..kalau seorg xpela..mungkin kunjungan sekali lagi kot kami akan naik benda tu...








kami x berjalan lama krn ptg hari yang sama..adik sepupu pula nak sambut harijadi..jadi kami pun bergegas pulang...balik je dr berjalan adik dah sibuk2 pasang tempat berBQ...Menu untuk harijadi adik sepupu tu spageti dan kuih2..tahun ni xde kek seperti tahun sebelum ni..hihi..
malam nya pulak..baru kami start BAkar BBQ..wah..mcm3..ade seponser kambing lada hitam..ikan siakap..ayam masak mayonie..ayam percik..udang...sotong..sosej..wah..meriah non...hahaha..mak aku pulak masak nasi lemak sambal kerang..perghhh terangkat la..pada aku bila dah ramai2 ni..tentulah meriah kan..dapat kumpul adik beradik..sedara mara..sgt seronok..harapnya tahun depan dapat la berkumpul lagi...InsyaAllah kalau pjg umur,,.Gambar dibawah ni sabahagian je..malas nak uploas byk2..huhu..jgn marah eaa..