Salam....
dalam bulan ni je aku and suami beberapa kali diserang demam..dah la demam..selsema..batok semua ada..(satu pakej).tp dah g kelinik..doc bagi ubat..dah ok cuma aku masih selsema sikit2..
Aku cuma kesian je kat suami..dia sekarang terlalu mudah sgt dapat demam..aku demam pun berjangkit dari dia la..(mana tak nye..mkn minum suka share..mmg le jangkit..hihi )..nampak nya nak kena cari kapsul scott imulsion lah sebab kalau beli yang cair..aku seorg jela minum..suami?..nak mkn ubat batok pun sejam aku nak uruskan..haiya..agak2 adeke scott imulsion tu dalam bentuk kapsul? atau..somebody have any idea apa mknan kesihatan yang boleh kami amik supaya badan ni kuat dr serangan virus demam ni...
oleh kerana demam yang kuat..around 37.5'c lah..suami dengan selsema..batok..adalah satu mlm dia kata dia sesak nafas..aku pulak kerja malam masa kejadian tu..suami kata dia sukar nak nafas kerana aku rasa pernafsan dia tersumbat dengan flu tu td..nasibla tak jadi apa2..aku risau sgt..siang tu pun suami kata masih rasa susah nak bernafas..puaslah aku sapu minyak..suruh dia guna pump semput tu..(xtau apa namanya) dia tak nak..jenuh aku paksa..hai..mmg kerisauan tahap kritikal la aku masa tu..aku xnak la jadi apa2 kat suami aku...cukupla aku kehilangan dia 2 minggu xnak lah untuk selamanya..aku belum sedia..
cuma minggu ni dah agak redha demam..tp aku tahu suami terlalu penat kerja tu pasal dia mudah demam...lagipun dia buat masa ni ganti org bersalin kat pusat isytihar gp..nelayan sehari mak ai punya la ramai..tp xpalah..aku selalu pesan kerja biar ikhlas..kalau org lain nak buat x betul..kita jangan ikut dan kita buat kerja seperti yang diarahkan je..mudah2 an suami aku kerja dengan tekun dan ikhlas..
Plan bulan ni nak balik melaka..krn rumah pun dah siap..so mak kata nak bukak umah nak buat kenduri..so..kena la aku balik..lagipun aku pun tersangatlah rindu kepada anak buah aku afiq danial..lama x jumpa dia...owh afiq..tunggu maklong balik ya..hihih
okla..rasa nye tu jela cerita aku wat masa ni..kdg2 rasa xde mood nak menulis..sebab aku tulis ni ikut mood..hihi
Monday, October 18, 2010
Sunday, August 29, 2010
kek pisang Kukus
![]() | |
| hahahah..inilah hasilnyew |
![]() | |
| kek yang telah siap dikukus... |
Tambahan:
Resepi kek Pisang Kukus
Bahan-bahan
2cawan tepung gandum
1cawan pisang yang di lecek(apa2 pisang pun boleh)
3/4 cawan gula
3/4 cawan minyak masak
telur 3-4 biji
sodium bikarbonat 1sudu teh
baking powder 1 sudu teh
essen banana 1 sudu teh
Cara-Caranya;
1. pukul telur dan gula sampai kembang-biar nampak putihla
2. Dalam bekas lain campurkan tepung gandum,sodium bikarbonat,baking powder.
3. Lepas telur dah kembang,masukkan minyak tadi..kacau lagi..pastu masukkn tepung td sedikit demi sedikit.last sekali baru masukkan essen banana..siap. boleh lah kukus anggaran sejam ke sejam setengah ke..nak tahu dah masak ke tak..amik lidi cucuk la..kalau basah lidi tu belum masak la makna nye..selamat mencuba...
Wednesday, August 18, 2010
Karipap oh karipap..
Salam semua..hari ni aku buat karipap sendiri lagi..tp sebelum tu ade buat juga..tp besar2 n x sempat nak snap..percubaan aku yang pertama byk yang kurang..inti dah sedap..tp kulitnye pulak tebal dan agak liat sikit..so aku cuba lagi percubaan kedua..ok mmg ok..tp juga x sempurna lagi..masih perlu diperbaiki..
Aku bawa sikit kueh karipap tu ke opis bg kekawan opis rasa...sedap tak sedap belakang kira tp aku mmg nak bg mereka rasa..
Macam ne nak buat kulit karipap tu rangup ea..ade tak sesiapa yang ade resipi yang boleh kongsi dengan aku ni ye..maklumla..aku budak baru belajar..heheheh...okla..aku bg korang jamu mata jelah ye memandangkan karipap tersebut telah abis dibedal..kiki..
Aku bawa sikit kueh karipap tu ke opis bg kekawan opis rasa...sedap tak sedap belakang kira tp aku mmg nak bg mereka rasa..
![]() |
| Ni karipap baru digoreng..nak bawak g Opis |
Sunday, August 15, 2010
Aku Sayangkan mereka
Aku cuma ade 2 org adik beradik..(actually ade 3 tp seorg meninggal dalam perut.) dan 2 org adik angkat so..rasanya x salah jika aku menumpang kasih pada org lain yang boleh dianggap adik-adik.. and Honestly aku ckp aku mmg sayangkan adik aku dan adik-adik angkat aku..mereka dah mcm adik sendiri..nanti aku upload gambar adik-adik angkat aku yang comel-comel dan kiut2..heeheehee...
Aku harap mereka mengetahui bahawa aku sayangkan mereka seperti adik sendiri..mereka je yang aku ade untuk menumpang kasih..
Aku kadang2 cemburu tgk orang lain yang punya adik beradik ramai. Sedang kan aku berdua je..nasibla ade adik2 angkat aku yang boleh buat aku gembira.Semoga Allah kekalkan hubungan silaturrrahim antara kami..amin

| Norlaila-adik..i love her so much.. |
![]() |
| Norashimah-Kakde..i love her too.. |
Saturday, August 14, 2010
Mohd Afiq Danial kesayangan ku
Afiq owh afiq..sebut pasal afiq..mesti org ingat anak aku kan..sebenarnya dia adalah anak buah yang paling aku sayang...dulu kalau jumpa aku je..mesti dia nak cari gaduh..kalau tak dipukulnya aku...memang tak sah..
Tapi baru-baru ni masa aku balik KL..dia menyambut aku dengan mesra..terkejut jugak aku..tp aku sangat2 happy bila dia dah mula mengenali yang aku ni maklong dia..afiq budak comel...maklong sayang afiq sangat..sementara belum dikurniakan anak..dialah tempat aku menumpang kasih..anak buah pun mcm anak sendiri jugakan...
Yang sebelah aku tu sepupu aku iman ehsan namanye..mak jaga dia dari kecik lagi..so dah mcm adik sendiri je..hmm..ok..nanti jumpa lagi..

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Diam tak diam hari ni masuk hari ke4 umat islam menjalani ibadah puasa..Puasa pertama dan puasa ke3 aku berpuasa dikuala lumpur bersama famili..sungguh gembira tak terkata dapat bersahur dan berbuka ramai2..hanya Allah je tahu nikmatnya..
Bulan ramadhan sekali disambut dalam setahun..hargailah kehadirannya..kerana ia lebih baik dr seribu BUlan..Doa-doa dimakbulkan bg org yang bertaqwa..tidak mahukah kita tergolong dalam kalangan org bertaqwa..?marilah kita merebut peluang tersebut dengan meningkatkan Keimanan kita kepada ALLah..terlalu banyak cara yang boleh kita lakukan..untuk mencari keredhaan Allah..
Nak luah perasaan sikit..hihihi.Sebut Pasal Ramadhan..ini kali ke3 aku menyambut nya berdua lagi dengan suami..sangat2 sedey kerana hingga ke saat ini rezeki yang ku tunggu...masih tidak ku dapat..Aku sangat2 mengharapkan kehadiran si kecil yang menjadi permata setiap pasangan yang berkahwin..tp aku masih mengharap dan menanti akan ada kegembiraan buat aku dan suami.. YaAllah..dibulan yang penuh keberkatan ini..Kau dengarlah dan perkenankan lah doa-doa hamba mu yang senasib dengan ku..berikanlah kami zuriat sebagaimana orang lain ada sebagai melengkapkan kehidupan kami sebagai suami isteri..Semoga Kau mendengar doa-doa hambamu ..amin ya Rabbal alaminn..
ok..kita lupakan seketika rintihan jiwa itu buat sementara Hari ni..terkedu..sedih..dan insaf apabila terbaca berita Bazar Ramadhan diJAssin dilanda ribut..dan ade yang meninggal.mengapa ia berlaku hanya Allah sahaja yang ada jawapan nya...renung2kanlah kawan setiap yang berlaku tentu ada hikmah disebalik kejadian tersebut..Takziah kepada keluarga mangsa..harap mereka tabah menghadapi dugaan yang berlaku keatas diri mereka..
Bulan ramadhan sekali disambut dalam setahun..hargailah kehadirannya..kerana ia lebih baik dr seribu BUlan..Doa-doa dimakbulkan bg org yang bertaqwa..tidak mahukah kita tergolong dalam kalangan org bertaqwa..?marilah kita merebut peluang tersebut dengan meningkatkan Keimanan kita kepada ALLah..terlalu banyak cara yang boleh kita lakukan..untuk mencari keredhaan Allah..
![]() |
| Baby sapela tomelnye |
![]() |
| olololo....cute |
ok..kita lupakan seketika rintihan jiwa itu buat sementara Hari ni..terkedu..sedih..dan insaf apabila terbaca berita Bazar Ramadhan diJAssin dilanda ribut..dan ade yang meninggal.mengapa ia berlaku hanya Allah sahaja yang ada jawapan nya...renung2kanlah kawan setiap yang berlaku tentu ada hikmah disebalik kejadian tersebut..Takziah kepada keluarga mangsa..harap mereka tabah menghadapi dugaan yang berlaku keatas diri mereka..
Wednesday, June 16, 2010
Demam Bola Datang lagi..
Assalamualaikum..terlalu lama agaknye aku x mencoret diblog ni..sian blog nikan..aku x endahkan engkau..heheh..apa yang nak aku tulis adalah berkaitan Piala Dunia..ha...agak janggal ya bila seorg wanita berbicara mengenai bolakan?..tp pada aku..permainan bola ni universal..boleh diminati pelbagai lapisan umur dan golongan..xde had dan batasan..hanya bersorak dan mengagumi pemain-pemAin yang beraksi dipadang dan pasukan yang menjadi "favourite" memasing.Aku rasa xsalah golongan wanita seperti aku meminati sukan lasak ini..
Berbalik kepada Piala Dunia...aku terimbas kembali 4 tahun lalu ketika itu aku dan suami masih dlm hubungan mengenali hati budi memasing..teringat masa tu kami suka lepak kat Rn R dan kekadang g mkn kat kedai mamak gelang patah semata2 nak tgk bola..tp ketika itu aku tidaklah minat sukan bola ni sangat..mcm acuh tak acuh je..
sejarah mcm ne aku boleh minat tgk bola ni..semua berpunca dr suami yang suka ajak aku teman dia main game bola...tgk perlawanan bola..jadi lama kelamaan aku pun jadi minat..so nak dipendekkan cerita..aku dan suami pakat sokong team yang sama tahun ni di FIFA WC 2010 iaitu...germany..italy..argentina..spain..brasil..south africa selaku tuan rumah..ade lagila 2-3 team tp aku x ingat le..itu je yang aku ingat..heheh..tahu tak tgk bola bersama boleh mengeratkan hubungan suami isteri..?percayalah ianya benar krn bila kita meminati apa yang suami kita suka..ia pasti sesuatu yang menyeronokkan..kita bukan sahaja menjadi isteri bahkan juga seperti kawan yang menonton sambil bersorak....he..he..he..apaun aku bergantung harap pasukan seperti brasil yang ade pemain bintang seperti kaka dan spain sperti toress..argentina dengan messi n tevez nya..itali.. itu menjadi juara..aku pertaruhkan team2 yang aku minat ni boleh mara ke akhir..kepada kekawan..selamat mengalami demam piala dunia..tgk bola..tengok juga..tp pastikan rehat yang cukup agar kita x namapak penat di tempat kerja..kalau tidak bagaimana nak melakukan kerja yang berkualitikan..ok..jumpa lagi dilain lembaran..

Subscribe to:
Posts (Atom)