Wednesday, June 16, 2010

Demam Bola Datang lagi..

Assalamualaikum..terlalu lama agaknye aku x mencoret diblog ni..sian blog nikan..aku x endahkan engkau..heheh..apa yang nak aku tulis adalah berkaitan Piala Dunia..ha...agak janggal ya bila seorg wanita  berbicara mengenai bolakan?..tp pada aku..permainan bola ni universal..boleh diminati pelbagai lapisan umur dan golongan..xde had dan batasan..hanya bersorak dan mengagumi pemain-pemAin yang beraksi dipadang dan pasukan yang menjadi "favourite" memasing.Aku rasa xsalah golongan wanita seperti aku meminati sukan lasak ini..

Berbalik kepada Piala Dunia...aku terimbas kembali 4 tahun lalu ketika itu aku dan suami masih dlm hubungan mengenali hati budi memasing..teringat masa tu kami suka lepak kat Rn R dan kekadang g mkn kat kedai mamak gelang patah semata2 nak tgk bola..tp ketika itu aku tidaklah minat sukan bola ni sangat..mcm acuh tak acuh je..

sejarah mcm ne aku boleh minat tgk bola ni..semua berpunca dr suami yang suka ajak aku teman dia main game bola...tgk perlawanan bola..jadi lama kelamaan aku pun jadi minat..so nak dipendekkan cerita..aku dan suami pakat sokong team yang sama tahun ni di FIFA WC 2010 iaitu...germany..italy..argentina..spain..brasil..south africa selaku tuan rumah..ade lagila 2-3 team tp aku x ingat le..itu je yang aku ingat..heheh..tahu tak tgk bola bersama boleh mengeratkan hubungan suami isteri..?percayalah ianya benar krn bila kita meminati apa yang suami kita suka..ia pasti sesuatu yang menyeronokkan..kita bukan sahaja menjadi isteri bahkan juga seperti kawan yang menonton sambil bersorak....he..he..he..apaun aku bergantung harap pasukan seperti brasil yang ade pemain bintang seperti kaka dan spain sperti toress..argentina dengan messi n tevez nya..itali.. itu menjadi juara..aku pertaruhkan team2 yang aku minat ni boleh mara ke akhir..kepada kekawan..selamat mengalami demam piala dunia..tgk bola..tengok juga..tp pastikan rehat yang cukup agar kita x namapak penat di tempat kerja..kalau tidak bagaimana nak melakukan kerja yang berkualitikan..ok..jumpa lagi dilain lembaran..

Monday, March 15, 2010

kepulangan suami ku ke rumah..

Assalamualikum..
15mac 2010 saat yang ku xleh nak lupa keraNA suami ku telah dibenarkan pulang..setelah hampir sebulan di hospital..baru kini dapat dia melihat dunia luar..aku bersyukur sangat2 kepada Allah yang MAha Esa..kerana tanpa keizinan dari -NYa suami ku pasti xkan sembuh..tp Allah menyayangi hambanya..aku tahu..
disaat aku didalam kesusahan..keluarga ku dan saudara maralah yang byk memberi kekuatan..tanpa mereka tentu aku lemah..begitu juga kepada kawan2 yang telah byk memberi sokongan..dorongan..sehingga aku kuat menjalani hari2 tanpa suami disi sehingga kesaat ini..terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan suami aku..semoga Allah yang membalas jasa baik kalian..
sepanjang suami dihospital pelbagai pahit maung yang aku hadapi..tapi aku lalui dgn tabah...mcm2 dugaan aku hadapi..aku disisih..semua aku telah rasa..tp aku sabar..krn aku tahu org yang membawa fitnah itu akan malu sendiri..biar la segala nya menjadi memori dlm kehidupan aku

Suami ku pulang ke rumah..Alhamdulillah..

assalamualaikum..suka aku nak sampaikan bahawa pada 15mac 2010 suami ku akhirnya dapat pulang ke rumah setelah hampir sebulan terlantar dihospital..sungguh aku bersyukur kepada Allah yang maha esa krn telah memakbulkan doaku siang malam yang tiada pernah putus buat suami yang aku cintai..aku harap kesihatan suami ku akan brtambah stabil dan dpt menjalani kehidupan ini seperti biasa..
kepada kawan2 yang telah mendokana untuk suami aku..aku ucapkan terima kasih sebanyak2nya hanya Allah je la yang dpt membalas..kalian juga yang byk memberi sokongan dan dorongan untuk aku terus kuat menjalani hari2 tanpa suami disisi..semua kawan2 yang aku maksudkan tidak kira di Facebook..di pjbt..dan dimana2 sahaja yang mengenali aku..aku sungguh menghargai segala  ambil berat kalian terhadap aku...tanpa kalian mungkin aku tidak sekuat hari ini..xlupa juga kepada sedara mara aku yang begitu byk memberi sokongan..aku  bersyukur krn mempuanyai speupu,dan sedara susah senang walaupun aku pernha disisih tetapi keluarga dan sedara mara aku lah yang byk memberikan aku kekuatan..thanks ..I LOVE u ALL..muah

Tuesday, March 9, 2010

Minggu ke3 suami di hospital..

Masa ni suami dah segar dan boleh jalan sikit2
Diam x diam,hari ini hari rabu dan genaplah sudah 3 minggu suami di HSA..nampaknya keadaan suami bertambah stabil..cuma dia belum daya nak bangun dan berjalan..mkn pun x berapa nak lalu..krn tekaknya sakit dia kata..walau bagaimanapun aku tetap bersyukur krn dpt melihat suami aku didepan mata..aku xtahu apa akan terjadi kepada diri aku seandainya berlaku sesuatu yang tidak diingini..Alhamdulillah ALLAH maha mendengar dan memberi peluang kepada hambanya untuk memperbaiki diri..
walaupun kondisi suami belum betul2 pulih sepenuhnya,tp aku tetap bersyukur..walaupun kadang2 suami ingat2 lupa..mungkin kesan dari ubat bius yang dah 2 minggu sebati dlm diri..pernah sekali dia kata nampak hantu..depan2 kwan2..aku cuak juga..tp kita fikir positif aje...dia kan tengah sakit..dan lemah..byk benda boleh ganggu dia..adakala suami begitu manja n adakala menjadi singa mengamuk2..aku sedey jugak tgk keadaan emosi dia yang belom stabil itu..
aku betul2 rindukan suami aku yang dulu....tp aku tahu ia memerlukan masa..aku tetap berdoa dia kembali seperti dulu..aminn..

Thursday, February 25, 2010

Hari ke 9suami di HSA icu

assalamualaikum..
harini merupakan hari yang ke 8 suami ku terlantar di wad ICU..dlm hati doaku tak pernah putus..pada yang Maha Esa aku memohon agar diberikan kekuatan kepada aku dan suamiku agar dia mampu melawan penyakitnya itu...
ptg tadi aku dpt panggilan dr Hospital..bagai nak gugur jantung dibuatnya bila panggilan itu dr HSA..aku mula sangka yang bukan2..rasa lemah lutut..rupanya doctor panggil aku turunkan t.tgn untuk pembedahan kecil ditekak suami aku..
aku sebelumnya memaklumkan kepada abg ipar aku krn aku xmahu jika jadi apa2 aku yang dipersalahkan...setelah itu aku bergegas ke HSA..
nasib aku baik ketika itu krn suami separuh sedar...dptlah aku memberikan kata2 semangat kepadanya..tetapi itupun sekejap aje krn dia meronta2 nak mmbuang tiub yang berada di tekaknya itu...tak sanggup aku melihat dia begitu...
doktor kata dia meronta mcm tu krn dia x selesa ade tiub ditekaknya itu..akhirnya doktor terpaksa tidorkan dia krn tiub semua nak tertanggal..
doktor kata suami aku degil..krn cuba jugak usik tiub tu..
aku dpt lihat x sampai 15 minit suami aku bergerak2 dan membuka mata sikit2...
aku masih mengharapkan keajaiban Allah agar dia akan pulih seperti sedia kala..kesianila aku...hidup sendirian..dan sunyi tanpa suami disisi..nasiblah sepupu ku dari kampung sanggup dtg jauh2 temankan aku buat sementara waktu..xlah aku sunyi..mudah2an ade perkembangan positif pada hari esok..Amin ya Rabbal alamin..

Monday, February 22, 2010

Aku masih mengaharapkan KEAJAIBAN dr ALLAH ..

17hb februari 2010..suami mengadu sukar tido..badan seram sejuk..batuk2..aku dah bg dia ubat..tp demamnya x berkurang..malah bertambah melarat..tp suami aku degil..tak mahu g kelinik krn dia kata x larat..menjelang pukul 1.30 tgh hari keadaan suami aku bertambah teruk..muntah dia lendir campur darah..aku dah panik..aku paksa juga dia bgn untuk g kelinik,aku papah dia....aku pun g kelinik gelang patah..doktor pun marah krn mengapa dah tahap mcm tu baru nak bawa ke kelinik..aku mmg tak sangka jadi mcm ni..kalau la aku tahu apa jadi akan dtg..tentulah aku awal2 dah heret suami aku ke kelinik..
doktor masukkan air ke badan suami aku..pada ketika itu tekanan darah dia dah rendah..doktor refer aku ke hospital Sultanah Aminah..bersusah payah aku bawa suami aku..sebelum ini aku cukuplah fobia nak memandu di area jb..lalulintas sentiasa sesak..jalan jem..tp krn suami aku,aku gagahi juga memandu walaupun takut..sampai di hospital..suami dah x berdaya nak berjalan..kelamkabut aku dptkan kerusi roda..dlm masa 2jam baru aku dpt tahu bawa suami aku sebenarnya tenat..dan kritikal..peparu dia dah sempit...lendir telah menutupi sistem pernafasannya...darah rendah..oksigen semakin kurang..
YaAllah..terima kasih krn sempatkan aku hantar suami aku ke hospital..walaupun dia belum sedar tp aku masih mengharapkan keajaiabn dari Allah..
Doktor jumpa aku..dia kata suami aku jika still bernafas mcm tu...nyawa dia mungkin xkan pjg..aku da start menangis...aku g kat suami aku aku minta ampun..tp ketika itu suami aku masih sedar..dia tanya mengapa,mengapa?..doktor ckp apa..dlm keadaan dia dah sakit sngt2..aku x mampu menyimpan airmata..air mata aku berderai laju..aku dpt jumpa dia sekejap..pukul 7pm lebih suami aku telah dibius..doktor bg dia rehat..krn peparu dia x boleh nak pum lagi....
mlm tu doktor panggil aku..dah sahkan suami aku kena jangkitan peparu yang teruk..sebelah peparu dia hampir rosak..kuman semakin merebak..aku hanya mampu menangis..tp aku yakin Allah sentiasa bersama aku..
kin sudah 6 hari suami masih di wad ICU...doktor kata ada sedikit perubahan..aku bersyukur sgt2..walaupun sedikit tetapi buat aku lega..aku masih mengaharapkan ada perubahan lagi..aku dah tak sanggup harungi sendirian..aku berharap suami aku sedar dlm keadaan oksigen yang bagus,peparu yang bagus..agar dia boleh meneruskan kehidupan buat kali kedua...YaAllah..berilah suami aku peluang untuk bersama2 aku sekali lagi..dia masih muda..dan kami belum puas menikmati kebahgiaan yang Engkau berikan..kami belum ada anak lagi..berilah suami aku peluang agar kami dpt bina hidup baru dan dapat meningkatkan ketaqwaan kepada MU aya Allah Ya Tuhan ku..
sesungguhnya Engkau maha mendengar..
kasihanilah aku..hari2 yang aku lalui terasa begitu perit tanpa suami aku..selama ini..susah senang kami tanggung bersama..bagaimana aku akan meneruskan kehidupan tanpa dia YaAllah..aku redha dgn ujian ini..aku tahu Engkau memberikan ujian setimpal dgn kemampuan seseorg..dan aku redha jika inilah ujian buatku..dan aku tahu ade hikmah disebaliknya..
YAllah..kasihanilah aku..perkenakanlah doa hamba mu yang hina ini...selamatkanlah suami ku..agar dpt kami menjalani kehidupan seperti biasa..amin..ya Rabbal Alamin..

Sunday, January 31, 2010

Menginjak ke satu angka lagi..

Salam..Esok merupakan tarikh yang paling aku nanti2kan pada setiap tahun...alangkah seronok bila tiba nya hari lahir..tp yang x seronok nombornya makin bertambah..hahaha..xpelah..Age is just a number right?..ape ade kisah..yang penting kita kena ceria selalu...Walaupun hari ulang tahun kelahiran aku adalah esok..tp semua kekwan aku telah pun memberikan ucapan hari lahir kat aku..terharu sungguh aku lah..terima kasih kepada kawan2 yang tak lupa pada hari Lahir aku..betul2 aku terharu..hehehe..
Tak tahu lagi aku nak sambut kat mane..memandangkan aku kerja..nampaknya kena la delay dulu..xkisah la kan..tiap2 tahun kita menyambut hari lahir..tp adakah impian dihari lahir kita pada tahun2 terdahulu dah tercapai?..ade yang dah,....ade yang belum..ade satu permintaan aku yang masih belum tertunai..tapi aku tetap menanti dgn sabar..nampaknya lom ada lagi hadiah hari lahir teristimewa buat aku tahun ni..mungkin lom ade rezeki..semoga kawan2 doakan hajat aku yang terlalu menginginkan permata hati itu akan tercapai  dan dikabulkan oleh yang maha Esa..amin..